Tuesday, January 8, 2013

SORT OUR PRIORITIES!

assalamualaikum.

apa khabar rakan2 pembaca? semoga semua berada dalam rahmatnya insyallah. baiklah kali ni saya nak menulis tentang tanggungjawab kita. sahabat2 sekalian. berapa ramai diantara kita ni dalam golongan kepimpinan? tak kira di sekolah mahupun universiti ataupun di kalangan masyarakat? jawapannya semua! kerana ...



jadi tak kiralah siapa kita kita semua adalah pemimpin paling kurang pada diri sendiri. sahabat2 sekalian. bila kita sebut pemimpin maknanya amanah tu kita pikul di bahu! jadi kenapa perlu pegang banyak2 jawatan? mampu ke buat semua tu? apakah tak ada orang yang layak dah? sampai kita kena ambil semua jawatan? kalau lah kita nampaklah beratnya amanah tu pasti kita tak tamak kuasa.


bila kita diberi amanah bermakna orang percaya pada kita. tapi adakah kita jalankan tugas tu? atau kita khianati kepercayaan orang? kalau kita rasa tak mampu jangan terima amanah tu! janganlah susahkan orang lain. jawatan besar2 tapi sekadar nama. kalau tak mampu letaklah jawatan. ramai lagi yang layak. kalaulah kita terpaksa juga pegang jawatan yang banyak jadi kita kenalah tau mana satu jawatan yang paling penting dan paling memerlukan kita. sort out your priorities!

pilih mana diantara jawatan kita tu yang paling tinggi dan paling penting dalam organisasi. sebagai contoh kalau kita presiden dalam kelab x dan ahli biasa dalam kelab y, yang mana satu kita kena bagi tumpuan? kelab x atau y? fikir2kanlah. jawatan bukan mainan kanak2. 

semoga entri ni dapat beri pendedahan pada saya sendiri dan sahabat2 sekalian untuk sort our priorities.  kerana

EVERYONE HAS THEIR ROLE TO PLAY.
PLAY YOUR PART BFORE OTHERS PLAY IT FOR YOU!

sekian. assalamualaikum :)

Thursday, January 3, 2013

BERSANGKA BURUK

assalamualaikum semua.

lama kan tak menulis blog? haha. kejap rajin kejap malas itulah aku. ok! hari ni aku rasa terpanggil nak kongsi sesuatu yang lama dah aku nak tulis tapi tertangguh.


sahabat2 sekalian. suka saya nak petik kata2 hamba allah ni. di bukanlah seorang ustaz atau ustazah tapi kata2 nya ini mendalam.

"DENGAR APA YANG DIKATA BUKAN SIAPA YANG BERKATA"

kata2 ni masih segar dalam ingatan aku. baiklah kembali kepada gambar diatas. pasti ada diantara kita yang merasakan "kenapalah kau buat macam ni kat aku? apa salah aku? teruknya kau!" dan macam2 lagi. wahai sahabat2 cuba lihat diri kita. hebat sangatkah kita ni? maksumkah kita ni sampai nak sumpah seranah orang?  setiap apa yang baik dan buruk itu datang daripada allah. mungkinada yang akan kata "kau silap. yang baik itu datang dari allah yang buruk itu dari manusia" ya betul tapi hakikatnya dua2 dari allah kerana allah yang cipta kita!

ingin aku ceritakan tentang satu kisah, pada suatu hari ada satu hal berlaku ketika tu kami ada benda nak buat dan kami hanya turut serta dalam program tersebut. sebelum persediaan di buat kami dah tanya dah tentang keperluan itu ini. tiba2 pada hari kejadian pihak penganjur terlupa. pada mulanya aku rasa marah tiba2 aku teringat kata2 mak aku "kita ni hebat sangatkah sampai tak boleh nak tolak ansur? kita tak pernah buat silap?" oleh sebab tu aku pun tarik nafas panjang2 dan senyum. "takpa lah kalau ada, adalah. tak ada takpa."

bukan aku nak cakap yang aku baik atau apa. tapi sekadar nak kongsi tentang satu dua perkara yang aku rasa kita perlu betulkan dalam masyarakat kita. kita terlalu senang jatuhkan hukuman pada seseorang tanpa kita tau apa yang berlaku sebenarnya. 

"UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI"

sahabat2 sekalian. hidup ni sekejap ja. kalau kita sibuk cari kesalahan orang mengata orang agak2 benda macam tu takkan berlaku pada kita? 

"HIDUP UMPAMA RODA"
"KADANG DI ATAS KADANG DIBAWAH"

aku bukan ustaz, aku bukan ahli dalam bidang agama. tapi dakwah itu tanggungjawab semua. 

"INDIVIDU MEMBENTUK KELUARGA"
"KELUARGA MEMBENTUK MASYARAKAT"
"MASYARAKAT MEMBENTUK NEGARA"

ayuh lah kita berubah demi kesejahteraan generasi akan datang. kita perlu fikir tentang anak cucu kita. bukan aku tak sabar nak kahwin tapi ini lah kebenarannya. apa sahaja tindakan dan tingkah laku kita akan beri impak pada generasi akan datang..

insyallah kita jumpa di entri akan datang. 

"JIKA KATA2 AKU INI ADALAH DAKWAH MAKA SEBAR2KANLAH JIKA IA DUSTA TEGURLAH DAKU.."

Sunday, December 16, 2012

GREAT MIND!

assalamualaikum.

fuuh, rajin pulak tiba-tiba nak tulis bila ada idea ni. Sahabat2 sekalian. saya tertarik dengan gambar ni. bukan kerana lawanya gambar ni tapi intipati yang cuba di bawa oleh gambar ni.

GREAT PEOPLE TALK ABOUT IDEAS
AVERAGE PEOPLE TALK ABOUT THINGS
SMALL PEOPLE TALK ABOUT OTHER PEOPLE


Agak2nya yang mana satu kita? 1,2,3? fikir2kan. Saya tertarik dengan benda ni apa bila mendengar mendengar wacana PRU 13 yang diadakan di kelantan. Ahli panel yang terlibat dr maza, ustaz fathul bari, dr ridhuan tee, dan dr fadzli. Sahabat2 sekalian. Apa yang saya cuba sampaikan? Jika berkesempatan tengok lah video ni, insyallah link di bawah. Dr ridhuan tee yang beragama islam tapi bukan berbangsa melayu berkata kita patut membincangkan APA YANG BETUL DAN APA YANG SALAH BUKAN SIAPA BETUL SIAPA SALAH. Kenyataan yang sangat amat saya sokong! Kita sibuk mencari pihak mana betul pihak mana salah tapi kita alpa apa betul apa salah. Di sini saya melihat dah tiba masa mahasiswa sama2 mencorak masa depan negara. Tak perlu berpolitik pun mahasiswa adalah satu kuasa yang amat ditakuti baik pihak kerajaan mahupun pembangkang. Ayuh kita perbanyakkan perbincangan mengenai negara dan masa depannya.

Tidak salah untuk kita berseronok islam pon tak halang kita berhibur tapi para mahasiswa terlampau seronok sehingga lupa akan tanggungjawab pada negara. Cuba lihat bagaimana Kota Konstantinopal jatuh ke tangan kita? Adakah Raja yang memerintah pada ketika itu berumur 50 tahun? tidak. Jadi adakah kita mahasiswa tidak boleh membantu mencorak masa depan negara? Ramai yang saya lihat hebat2 keputusan peperiksaan mereka sebagai mahasiswa. Tapi apa yang ada sumbangkan pada negara pada agama? 

AYUH SAHABAT2 SEKALIAN. 
MASANYA TELAH TIBA.
SEMBOYAN TELAH BERBUNYI.
MEMANGGIL PARA PEMUDA PEMUDI.
KELUAR DARI KANCAH SELESA.
UNTUK SAMA2 BERKHIDMAT.
DEMI AGAMA DAN NEGARA.

Jika bukan sekarang bila lagi? Bayangkanlah masa depan kita nanti, anak2 kita jika kita terus begini. Adakah anak2 kita akan bangga dengan ibubapa yang hanya pandai menonton wayang? bermain futsal? bergelak ketawa? atau ibubapa yang menjadi ikon negara? ikon masyarakat? tokoh negarawan? Benar itu semua dunia tapi adakah islam mengajar kita tinggalkan dunia?

wallahu'alam..




BERSATU

Menjadi Harapan Untukku Menyaksikan
Umat Yang Bertuah Ini Kembali Bersatu Hati
Buangkan Yang Keruh Ambillah Yang Jernih
Tiada Yang Lebih Berharga Selain Dari Perpaduan

Lupakanlah Segala Persengketaan
Hubungkan Kembali Tali Persaudaraan

Kerna Orang Beriman Itu Bersaudara
Saling Bertolong Bantu Berkasih Mesra
Agar Generasi Kita Di Masa Hadapan
Bangga Dengan Apa Yang Kita Wariskan

Menjadi Harapan Untukku Menyaksikan
Umat Yang Bertuah Ini Kembali Bersatu Hati

Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh
Yang Berat Sama Dipikul
Yang Ringan Dijinjing Sama

Sepakat Membawa Berkat Asas Hidup Bermasyarakat
Amalkan Hidup Yang Sihat Selamat Dunia Akhirat

Lupakanlah Segala Persengketaan
Hubungkan Kembali Tali Persaudaraan ( 2X )

Kerna Orang Beriman Itu Bersaudara
Saling Bertolong Bantu Berkasih Mesra
Agar Generasi Kita Di Masa Hadapan
Bangga Dengan Apa Yang Kita Wariskan

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/02/lirik-bersatu-raihan.html#ixzz2F7w7fpca


wahai bangsaku.. bacalah,dengarlah dan fahamilah.. kembalilah pada ajaran nabi kita.. ayuh bersatu hati.. perjuangan ini pasti lebih cantik jika dihiasi dengan perpaduan.. tak sedih ke tengok perpecahan ummat islam lagi2 di malaysia ni? masing2 sibuk dengan hal masing2.. sibuk mengejar keagungan, pujaan, nama..

Friday, December 7, 2012

tinta perjuangan..

assalamualaikum.

apa khabar semua? harap sihat semua. terima kasih kerana sudi singgah di blog ni. baiklah hari ni saya nak berkongsi pendapat saya berkenaan sikap kita orang melayu islam. ye MELAYU ISLAM.

mesti ada yang akan cakap "alah apa la tajuk camni. mesti politik". ye betul, saya nak bercakap pasal politik. baiklah kita mulakan. bila kita sebut sahaja politik mesti semua terus terfkir UMNO, PAS, PKR,DAP dan lain-lain. salah tu kawan-kawan. politik ni ada di mana-mana. politik tak kotor sebaliknya sikap orang yang menceburi politik itu yang kotor. bukan semua salah sebahagian sahaja.

saya ambil contoh di kampus atau di sekolah. kita ada pengawas, prs, exco, mpp, persatuan, kelab dan sebagainya. kita ada presiden, ydp, macam2 lagilah. ni semua adalah politik juga. jadi apa yang saya nak cakap sebenarnya? hidup ni tak boleh dipisahkan dengan politik.

bagi yang membaca sejarah pastinya mereka tahu kenapa ummat islam dulu hebat kemudian tiba2 jatuh. kenapa? yang pertama mereka jauh dari allah dan yang kedua mereka tidak bersatu saling jatuh menjatuhkan satu sama lain demi kepentingan diri sendiri. sibuk mengejar nama dan pangkat yang tidak ada makna jika maruah agama bangsa tergadai.

cuba kita fikir kenapa kita tak bersatu? salah siapa? kenapa perlu bertelagah demi nama? FAME katanya. aku lebih besar pangkat dari kau katanya. adakah pangkat menjadi kunci ke syurga? tak. sebaliknya ia menjadi pemberat! PEMIMPIN ITU SEBELAH KAKINYA DI NERAKA!

salahkah kalau kita bersatu? tak usah tengok orang tengok diri sendiri. sanggup tak berkongsi kuasa? boleh dengar teguran dan kritikan? bukankah lebih ramai lebih baik? BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH. islam tak mengajar kita untuk berpecah belah biar pun dalam apa jua keadaan. even solat pon berjemaah. kiblat pun satu.

tak usah jauh2 tengok di negara kita tengok yang terdekat dengan kita. di kampus di sekolah pimpinan pelajar bersatu tak? atau sibuk jaga standard? kasar bunyinya? tapi ini kebenaran. kenapa kita takut untuk bersatu? takut orang overshadow kita? ikhlas ke kita buat? ikhlas ke kita pegang jawatan? atau nak nama? TEPUK DADA TANYA IMAN.

kalau ikhlas kita tak akan kesah siapa dapat nama siapa dapat itu siapa dapat ini yang penting mesej dan dakwah itu sampai. PERJUANGAN BUKAN HAK KITA! tapi kewajiban bersama. duhai pemimpin bangunlah. duhai belia2 masa hadapan bangun daritidur. buang lah sifat pentingkan diri kita.

"bismillahirrahmanirrahim. ya allah ya tuhan kami. tuhan sekalian alam. demi sesungguhnya nyawa kami dalam tanganmu. sesungguhnya kami amat sedih dan dukacita melihat ummat ini berpecah belah kerana merebut kuasa yang sebenarnya engkau hanya pinjamkan sebentar. ummat ini mementingkan diri lebih dari agama mereka.ummat ini meletakkan kepentingan dan cita2 diri dulu dari perjuangan. bantulah kami ya allah. satu kan hati2 kami ya allah. sesungguhnya hanya pada mu kami memohon. ya allah hancurkanlah batu permusuhan padamkahlah semangat asobiyah jahiliyyah tiupkanlah roh perjuangan dan sambungkanlah jamabatan perpaduan. amin."

DUHAI BELIA2 ISLAM. JIKA KITA TIDAK BERUBAH SEKARANG BILA LAGI? FIKIRKANLAH NASIB ANAK CUC KITA NANTI JIKA KITA TERUS BERSIKAP BEGINI..

wallahu 'alam..

Wednesday, December 5, 2012

Pengenalan

Assalamualaikum..

pertama kali tulis blog. jadi maaflah kalau tak berapa nak menarik. pembaca yan saya hormati, tujuan blog ni ditulis bukan nak ceritakan tentang diri saya atau apa-apa yang berbentuk peribadi sebaliknya apa yang saya lihat dalam dunia kita secara khusus di malaysia. insyallah saya akan sentuh berkenaan politik dan beberapa perkara lain.

sebelum kita mulakan rasanya elok saya perkenalkan siapa saya dulu.. :)

nama diberi muhammad nabil bin nasir  dilahirkan di johor bahru dibesarkan oleh kedua ibubapa saya puan latifah dan encik nasir. kedua-duanya merupakan kakitangan kerajaan. mendapat pendidikan awal di sekolah rendah islam ABIM JB sebelum berpindah ke sekolah rendah islam ABIM sg ramal kajang. kemudian menyambung peljaran di sekolah agama menengah hulu langat. kemudian sekarang saya menyambung pelajaran dalam bidang pelaburan di UiTM Perlis.


jadi itu serba sedikit tentang saya.

apa tujuan blog ini di tulis?

saya nak kupas dan lontarkan beberapa perkara yang saya rasa kita belia secara amnya dan mahasiswa secara khususnya perlu tahu. iaitu DI MANAKAH MASA DEPAN NEGARA?

saya berharap blog saya dapatlah kiranya menjadi medan perbincangan secara intelek tentang politik negara, ekonomi, sosio dan agama. insyallah.