Sunday, December 16, 2012

GREAT MIND!

assalamualaikum.

fuuh, rajin pulak tiba-tiba nak tulis bila ada idea ni. Sahabat2 sekalian. saya tertarik dengan gambar ni. bukan kerana lawanya gambar ni tapi intipati yang cuba di bawa oleh gambar ni.

GREAT PEOPLE TALK ABOUT IDEAS
AVERAGE PEOPLE TALK ABOUT THINGS
SMALL PEOPLE TALK ABOUT OTHER PEOPLE


Agak2nya yang mana satu kita? 1,2,3? fikir2kan. Saya tertarik dengan benda ni apa bila mendengar mendengar wacana PRU 13 yang diadakan di kelantan. Ahli panel yang terlibat dr maza, ustaz fathul bari, dr ridhuan tee, dan dr fadzli. Sahabat2 sekalian. Apa yang saya cuba sampaikan? Jika berkesempatan tengok lah video ni, insyallah link di bawah. Dr ridhuan tee yang beragama islam tapi bukan berbangsa melayu berkata kita patut membincangkan APA YANG BETUL DAN APA YANG SALAH BUKAN SIAPA BETUL SIAPA SALAH. Kenyataan yang sangat amat saya sokong! Kita sibuk mencari pihak mana betul pihak mana salah tapi kita alpa apa betul apa salah. Di sini saya melihat dah tiba masa mahasiswa sama2 mencorak masa depan negara. Tak perlu berpolitik pun mahasiswa adalah satu kuasa yang amat ditakuti baik pihak kerajaan mahupun pembangkang. Ayuh kita perbanyakkan perbincangan mengenai negara dan masa depannya.

Tidak salah untuk kita berseronok islam pon tak halang kita berhibur tapi para mahasiswa terlampau seronok sehingga lupa akan tanggungjawab pada negara. Cuba lihat bagaimana Kota Konstantinopal jatuh ke tangan kita? Adakah Raja yang memerintah pada ketika itu berumur 50 tahun? tidak. Jadi adakah kita mahasiswa tidak boleh membantu mencorak masa depan negara? Ramai yang saya lihat hebat2 keputusan peperiksaan mereka sebagai mahasiswa. Tapi apa yang ada sumbangkan pada negara pada agama? 

AYUH SAHABAT2 SEKALIAN. 
MASANYA TELAH TIBA.
SEMBOYAN TELAH BERBUNYI.
MEMANGGIL PARA PEMUDA PEMUDI.
KELUAR DARI KANCAH SELESA.
UNTUK SAMA2 BERKHIDMAT.
DEMI AGAMA DAN NEGARA.

Jika bukan sekarang bila lagi? Bayangkanlah masa depan kita nanti, anak2 kita jika kita terus begini. Adakah anak2 kita akan bangga dengan ibubapa yang hanya pandai menonton wayang? bermain futsal? bergelak ketawa? atau ibubapa yang menjadi ikon negara? ikon masyarakat? tokoh negarawan? Benar itu semua dunia tapi adakah islam mengajar kita tinggalkan dunia?

wallahu'alam..




No comments:

Post a Comment