Friday, December 7, 2012

tinta perjuangan..

assalamualaikum.

apa khabar semua? harap sihat semua. terima kasih kerana sudi singgah di blog ni. baiklah hari ni saya nak berkongsi pendapat saya berkenaan sikap kita orang melayu islam. ye MELAYU ISLAM.

mesti ada yang akan cakap "alah apa la tajuk camni. mesti politik". ye betul, saya nak bercakap pasal politik. baiklah kita mulakan. bila kita sebut sahaja politik mesti semua terus terfkir UMNO, PAS, PKR,DAP dan lain-lain. salah tu kawan-kawan. politik ni ada di mana-mana. politik tak kotor sebaliknya sikap orang yang menceburi politik itu yang kotor. bukan semua salah sebahagian sahaja.

saya ambil contoh di kampus atau di sekolah. kita ada pengawas, prs, exco, mpp, persatuan, kelab dan sebagainya. kita ada presiden, ydp, macam2 lagilah. ni semua adalah politik juga. jadi apa yang saya nak cakap sebenarnya? hidup ni tak boleh dipisahkan dengan politik.

bagi yang membaca sejarah pastinya mereka tahu kenapa ummat islam dulu hebat kemudian tiba2 jatuh. kenapa? yang pertama mereka jauh dari allah dan yang kedua mereka tidak bersatu saling jatuh menjatuhkan satu sama lain demi kepentingan diri sendiri. sibuk mengejar nama dan pangkat yang tidak ada makna jika maruah agama bangsa tergadai.

cuba kita fikir kenapa kita tak bersatu? salah siapa? kenapa perlu bertelagah demi nama? FAME katanya. aku lebih besar pangkat dari kau katanya. adakah pangkat menjadi kunci ke syurga? tak. sebaliknya ia menjadi pemberat! PEMIMPIN ITU SEBELAH KAKINYA DI NERAKA!

salahkah kalau kita bersatu? tak usah tengok orang tengok diri sendiri. sanggup tak berkongsi kuasa? boleh dengar teguran dan kritikan? bukankah lebih ramai lebih baik? BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH. islam tak mengajar kita untuk berpecah belah biar pun dalam apa jua keadaan. even solat pon berjemaah. kiblat pun satu.

tak usah jauh2 tengok di negara kita tengok yang terdekat dengan kita. di kampus di sekolah pimpinan pelajar bersatu tak? atau sibuk jaga standard? kasar bunyinya? tapi ini kebenaran. kenapa kita takut untuk bersatu? takut orang overshadow kita? ikhlas ke kita buat? ikhlas ke kita pegang jawatan? atau nak nama? TEPUK DADA TANYA IMAN.

kalau ikhlas kita tak akan kesah siapa dapat nama siapa dapat itu siapa dapat ini yang penting mesej dan dakwah itu sampai. PERJUANGAN BUKAN HAK KITA! tapi kewajiban bersama. duhai pemimpin bangunlah. duhai belia2 masa hadapan bangun daritidur. buang lah sifat pentingkan diri kita.

"bismillahirrahmanirrahim. ya allah ya tuhan kami. tuhan sekalian alam. demi sesungguhnya nyawa kami dalam tanganmu. sesungguhnya kami amat sedih dan dukacita melihat ummat ini berpecah belah kerana merebut kuasa yang sebenarnya engkau hanya pinjamkan sebentar. ummat ini mementingkan diri lebih dari agama mereka.ummat ini meletakkan kepentingan dan cita2 diri dulu dari perjuangan. bantulah kami ya allah. satu kan hati2 kami ya allah. sesungguhnya hanya pada mu kami memohon. ya allah hancurkanlah batu permusuhan padamkahlah semangat asobiyah jahiliyyah tiupkanlah roh perjuangan dan sambungkanlah jamabatan perpaduan. amin."

DUHAI BELIA2 ISLAM. JIKA KITA TIDAK BERUBAH SEKARANG BILA LAGI? FIKIRKANLAH NASIB ANAK CUC KITA NANTI JIKA KITA TERUS BERSIKAP BEGINI..

wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment