Thursday, January 3, 2013

BERSANGKA BURUK

assalamualaikum semua.

lama kan tak menulis blog? haha. kejap rajin kejap malas itulah aku. ok! hari ni aku rasa terpanggil nak kongsi sesuatu yang lama dah aku nak tulis tapi tertangguh.


sahabat2 sekalian. suka saya nak petik kata2 hamba allah ni. di bukanlah seorang ustaz atau ustazah tapi kata2 nya ini mendalam.

"DENGAR APA YANG DIKATA BUKAN SIAPA YANG BERKATA"

kata2 ni masih segar dalam ingatan aku. baiklah kembali kepada gambar diatas. pasti ada diantara kita yang merasakan "kenapalah kau buat macam ni kat aku? apa salah aku? teruknya kau!" dan macam2 lagi. wahai sahabat2 cuba lihat diri kita. hebat sangatkah kita ni? maksumkah kita ni sampai nak sumpah seranah orang?  setiap apa yang baik dan buruk itu datang daripada allah. mungkinada yang akan kata "kau silap. yang baik itu datang dari allah yang buruk itu dari manusia" ya betul tapi hakikatnya dua2 dari allah kerana allah yang cipta kita!

ingin aku ceritakan tentang satu kisah, pada suatu hari ada satu hal berlaku ketika tu kami ada benda nak buat dan kami hanya turut serta dalam program tersebut. sebelum persediaan di buat kami dah tanya dah tentang keperluan itu ini. tiba2 pada hari kejadian pihak penganjur terlupa. pada mulanya aku rasa marah tiba2 aku teringat kata2 mak aku "kita ni hebat sangatkah sampai tak boleh nak tolak ansur? kita tak pernah buat silap?" oleh sebab tu aku pun tarik nafas panjang2 dan senyum. "takpa lah kalau ada, adalah. tak ada takpa."

bukan aku nak cakap yang aku baik atau apa. tapi sekadar nak kongsi tentang satu dua perkara yang aku rasa kita perlu betulkan dalam masyarakat kita. kita terlalu senang jatuhkan hukuman pada seseorang tanpa kita tau apa yang berlaku sebenarnya. 

"UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI"

sahabat2 sekalian. hidup ni sekejap ja. kalau kita sibuk cari kesalahan orang mengata orang agak2 benda macam tu takkan berlaku pada kita? 

"HIDUP UMPAMA RODA"
"KADANG DI ATAS KADANG DIBAWAH"

aku bukan ustaz, aku bukan ahli dalam bidang agama. tapi dakwah itu tanggungjawab semua. 

"INDIVIDU MEMBENTUK KELUARGA"
"KELUARGA MEMBENTUK MASYARAKAT"
"MASYARAKAT MEMBENTUK NEGARA"

ayuh lah kita berubah demi kesejahteraan generasi akan datang. kita perlu fikir tentang anak cucu kita. bukan aku tak sabar nak kahwin tapi ini lah kebenarannya. apa sahaja tindakan dan tingkah laku kita akan beri impak pada generasi akan datang..

insyallah kita jumpa di entri akan datang. 

"JIKA KATA2 AKU INI ADALAH DAKWAH MAKA SEBAR2KANLAH JIKA IA DUSTA TEGURLAH DAKU.."

No comments:

Post a Comment